SOP Lockdown | Hanya kerja pembinaan kritikal dibenarkan - Menteri

2022-03-24 0

Semua kerja-kerja pembinaan di seluruh negara adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang akan bermula 1 Jun ini. Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan pengecualian hanya diberikan kepada kerja-kerja yang disenaraikan dalam perkhidmatan kritikal.